29 March 2012

Sokonglah Earth Hour!


Tahu tak Earth Hour tu apa??  Meh meh..aku nak habaq mai kang hangpa semua..<tetiba tukar loghat, kau apa hal!>.  Ok ok, serius.  Earth Hour ni adalah program yang di anjurkan oleh WWF (World Wide Fund for Nature), bukan WWE tau ataupun Tabung Alam Sedunia terjemahan dalam bahasa ibundanya.  Kempen Earth Hour ni adalah program tahunan yang sentiasa diadakan pada bulan Mac kalau tak silap akulah.


So pada tahun ni, Earth Hour 2012 akan diadakan pada 31 Mac 2012 bersamaan dengan hari Sabtu bermula pada jam 8.30 malam hingga 9.30 malam.  Melalui kempen ini orang ramai digalakkan untuk memadamkan lampu atau suis elektrik yang tidak berkaitan dalam tempoh sejam.  


Jomlah kita semua menyokong kempen Earth Hour ni.  Sejam jer bergelap.  Apa ada hal kan?..<sebaiklah rumate aku tak balik minggu ni>.  Ok, marilah kita sama-sama menyumbang.


p/s : Sebar, hebah dan war-warkanlah pada rakan-rakan korang tau.


~Daaa...

28 March 2012

Tips Untuk Bercuti

Assalamualaikum...


Saya suka makan nasi.  Hari-hari saya makan nasi.  Ok!  Tak lawak pun.  Sebenarnya bukan perkara itu yang nak dibincangkan pada hari ni. <ayat skema>.  Oklah, oklah..serius.  Sebenarnya aku suka melencong.  Maaf, melancong sebenarnya..hishh macam tak sesuai pulak guna ayat melancong.  Guna ayat bercutilah nampak macam orang biasa-biasa sikitkan.  Kalau melancong tu nampak macam gah sangat.  Padahal melancong bercuti dalam negeri sendiri jer, itu pun nk kecoh.


Mesti ada yang terfikir kalau nak bercuti atau melancong perlukan modal yang besarkan?  Hakikatnya memanglah.  Tapi kalau pandai merancang, insyaAllah percutian yang korang idamkan tu akan jadi percutian yang bajet murah bukan bajet bagus tau.  Maksud aku, korang boleh dapatkan percutian yang tidak memerlukan modal yang besar dan tinggi.

Ok yang pertama, cuba elakkan pilih tarikh percutian korang pada musim cuti sekolah atau cuti umum.  Confrim-confrim harga bilik akan mahal.  Tapi kalau mampu apa salahnya kan.


Pilihlah hotel atau guest house yang mempunyai kelengkapan sebagai contoh menyediakan tuala, sabun, air mineral dan sewaktu dengannya lah.  Sebelum booking check dulu samada semua tu tersedia atau sebaliknya.  Kang tak pasal-pasal satu benda tak ada, terpaksa pulak beli..lari pulak bajet korang nak shopingkan.  Tapi kalau bawak daripada rumah pun bole.


Membuat perancang awal untuk pergi bercuti.  Maksudnya rancanglah 3 bulan awal atau 6 bulan awal sebelum pergi.  Daripada situ korang bolelah simpan duit sikit-sikit.  Cuba elakkan pergi bercuti secara mengejut.  Memang terkejutlah nanti tak ada duit lepas balik daripada bercuti.  <Sepatutnya ni tip yang pertama aku tulis tapi aku malas nak ubah so letak jela dekat sini, berat tulang betul aku ni>.


Cuba ringankan tulang buat ulangkaji atau servey tempat yang korang nak pergi tu.  Kalau bole senaraikan tempat yang korang nak pergi.  Tak adalah bazir masa sampai sana baru nak fikir, "eh nak pergi mana ek".  Buang masa weii! Dan checklah tempat-tempat yang korang nak pergi tu nanti ada entrance fee atau tidak.  So daripada situ korang dah boleh buat anggaran perbelanjaan dan menjimatkan masa korang.


Pergilah bercuti secara berkumpulan.  Pada pendapat aku kalau pergi cuti reramai ni meriah sikit.  Selain itu, dari segi perbelanjaan korang boleh tong-tong..<share-share, bagi sapa yang tak tahu tu>.  Contoh, kalau nak sewa kereta, bole tong-tong bayar.  Dari segi keselamatan pulak, pergi reramai ni selamat sikitlah dan kalau ada berlaku pape member ada bole tolong.  Kalau tak cukup duit pun bole minta tolong gak dekat member.haha..untung-untung.


Last sekali, ni memang aku selalu buat.  Rajin-rajinla usha airasia.  Airasia ni memang selalu buat promotion kaw kaw punya.  Aku dah banyak kali makan hati dengan airasia sebab selalu sangat buat promotion time aku tengah kering. Hishhhh!


Ok, itu aje.  Selamat bercuti kepada sesiapa yang bakal pergi bercuti dalam masa terdekat nie. <Ucapan untuk diri sendiri, lol!>


~Daaaa...


25 March 2012

K.A.W.A.N.

Sahabat atau kawan adalah panggilan yang sama buat seseorang yang sentiasa menemani kita pada saat suka mahupun duka.  Tanpa kawan hidup kita tak adalah gembira dan riang ria.  Merekalah tempat kita mencurah rasa, kisah gembira mahupun duka termasuk bergosip.  Merekalah juga kekadang yang mengajar kita untuk bangkit ketika kita lemah masa frust bercinta<akulah tuh>.  Dan dengan merekalah jugalah kita berkongsi kegembiraan di saat meraih kejayaan dan kebahagiaan. 

Tapi pernah tak terfikir, adakah kita dah bagi yang terbaik untuk kawan kita?  Mampu dan sudahkan kita membalas segala jasa dan kebaikan yang kawan kita telah hulurkan kepada kita selama ni?  Meh sini aku nak kongsi beberapa tip yang aku baca dalam majalah Dara.com yang boleh kita lakukan untuk memberikan yang terbaik dalam sesebuah persahabatan. 


* Sentiasa Berhubung - Rutin seharian adakala membuatkan kita tidak sempat untuk menghubungi kawan kita.  Tetapi itu tidak bererti kita senyap jer kan?  Sekurang-kurangnya hubungilah kawan kita sama ada melalui call ataupun mesej.


*Beritahu Perkara Sebenar - Apabila kawan kita ada melakukan kesalahan, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memberitahu atau menasihatinya.  Jangan pendamkan kerana takut kawan kita akan terasa hati atau marah.  Memberitahu perkara sebenar walaupun pahit adalah sebaik-baik cara dan sebenarnya inilah sahabat sejati! Fikirkan cara terbaik macam mana hendak berterus terang.


*Balas SMS - Jangan abaikan SMS daripada kawan kita.  Jangan menganggap SMS daripada kawan kita tu sebagai perkara yang remeh melainkan kita tak ada kredit< tu aku yang cakap>.  Jika terlupa sekalipun, segera membalasnya apabila teringat, dan nyatakan maaf kerana terlambat membalasnya.

 
*Pinjamkan Telinga - Ada kalanya, kawan kita ditimpa masalah.  Mereka perlukan seseorang untuk mendengar masalah ataupun luahan hati mereka.  Oleh itu, pinjamkanlah telinga kita untuk mendengar, dan pinjamkan bahu kita untuk menjadi sandaran kawan kita tatkala mereka dirundung kesedihan. <kawan-kawan aku yang selalunya pinjamkan telinga untuk mendengar masalah aku, thanks korang!>


*Jadilah Seperti Pasukan Sorak -  Ketika kawan kita sedang bersedih, sentiasalah berada di sisinya.  Mungkin kita boleh dengarkan cerita-cerita lucu untuk menggembirakannya.  Kita juga boleh berikan kata-kata semangat kepadanya.  Yakinkan dirinya bahawa dia boleh keluar daripada permasalahan itu. <Kalau macam aku ni duduk jauh, selalunya sms, ym dan fb adalah cara untuk berhubung dengan kawan-kawan aku.  Bak kata orang jarak tidak memisahkan kita...>


*Hadir Pada Hari Penting - Ini sememangnya penting!  Jika kawan kita mengadakan jamuan sempena sambutan hari jadi, adalah penting untuk menghadirinya.  Kalau tak dapat datang jangan lupa untuk wish!  Sesekali pasti kawan kita akan teruja apabila kita membuat kejutan untuk hari jadi dia.  Kehadiran kita sangat-sangat dihargai jika hadir pada majlis pertunangan ataupun perkahwinan mereka.


Pada aku kawan adalah segalanya selepas Dia yang di atas sana dan keluarga.  So aku akan sentiasa berusaha menjaga hati dan perasaan kawan-kawan aku.  Saya sayang kawan-kawan saya!


Akhir kata, sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul daripada percintaan.  Tanpa persahabatan, percintaan akan berakhir.  Tetapi tanpa percintaan, persahabatan boleh kekal.  Oleh itu, hargailah persahabatan yang terjalin.


~tata...

    21 March 2012

    Di suatu petang

    Kebiasaannya kalau balik cuti ke n9, aku suka mengabiskan masa dengan keluarga dan keluar jumpa kekawan.  Jaranglah kalau balik tak keluar.  Selalunya akan keluar...paling cikai pun keluar tengok wayang ataupun keluar makan.  Tak dapat keluar reramai, keluar berdua pun jadi, asalkan dapat keluar.  Al-maklumlah duduk di perantauan tak dapat nak bersosial sangat.  Lepas waktu kerja terus balik rumah.  Weekend pun duduk rumah.  Ohh sangat tak bersemangat life macam tu.  Disebabkan tulah bila apply cuti, tahap kaw kaw punya.  Bajet opis tu saudara mara sendiri punya.


    Cantikkan view?  Tempat ni dekat PD, Pantai Blue Lagoon.  Masa ni aku teman Kecut jumpa member dia berpicnic dekat sini.  Air baru nak pasang.  Actualy kalau dekat PD memang banyak pantai.  Tapi ayah aku lebih suka bawak family aku mandi manda dekat sini.  Mungkin tempat ni tak ramai sangat orang.  Kalau dekat area Telok Kemang confrim padat + jem tahap kaw kaw.  Masa ni aku tak mandi pun, tapi tengok orang lain mandi.haha.


    Mamat ni kemain bersemangat lagi main layang-layang.  Walaupun dekat pantai tapi masa ni angin tak adalah kuat sangat, matahari atas kepala..panas, boleh sunburn kulit.  Sempat jugaklah aku dengan Kecut main air, berpicca-picca dan usha orang. *opppssss....





    Aku memang suka view dekat sini.  Cantik sangat.  Lepas puas menadah kulit bawah cahaya matahari, aku dengan Kecut plan nak pergi ke Hutan Rekreasi Tanjung Tuan.  Aku pernah masuk hutan ni masa zaman sekolah tapi tak pernah sampai pun dekat Rumah Api Tanjung Tuan.  Ha...dekat sini ada Rumah Api.  Puas meroyan minta adik aku bawakkan, harammm.  Sebaiklah Kecut & Man nak bawak dan temankan.hehe.  Riang ria tak terkira dibuatnya.  Nak masuk ni kena bayar tau, RM2 kalau tak silap.


    Sebelum masuk beli air siap-siap, kang ada yang tercungap-cungap minta air, mana nak carik air tengah-tengah hutan.  Boleh tahan jauh jugaklah nak sampai ke Rumah Api.  Patut la adik aku tak nak bawak aku joging dekat sini.  Kalau ada yang nak kurus tu, aku syorkan datang joging dekat sini..memang terbaiklah, confirm semput.  Jom layan gambar.  Biarlah gambar yang menceritakan segalanya. *cewah.

    sementara tunggu dak Man, berpicca-picca dulu

    jalan sambil minum air, penat katanya


    akhirnya.....tu tu Rumah Api.


    muka kepenatan tapi still nak berpicca


    ada gaya penyambut tetamu budak berdua nie.








    Frustlah masa ni sebab tak dapat nak masuk dekat area Rumah Api tu, tutup.  Aku rasa kalau nak lepak tengok matahari terbenam pun ok dekat sini.  View pun cantik juga, so memang puas hatilah.


    p/s : Aku buat entry ni bukan nak promote PD tau.hehe.  Secara kebetulan jer datang lepak dekat sini.
    ~tata.

    18 March 2012

    Cuti balik kampung baru-baru ni, aku berkesempatan berjimba-jimba dan berdua-dua dengan kawan aku, Kecut a.k.a Haida.haha.  Nama dia punyalah sedap mak bapak dia bagi tapi aku suka suki jer panggil Kecut.  Sebaiklah dia redha jer.  Time tu dekat sekolah adalah dua tiga orang nama sama dengan dia.  So bagi nak menyenangkan kerja aku kalau nak mengumpat ke apa, takut salah orang nanti, aku pun bagilah satu nama khas dekat dia.  Fames poitt cikgu-cikgu pun panggil dia Kecut gak.haha.  Untunglah ada nama khas kan.  Eh...mak ayah, adik adik aku pun panggil dia Kecut gak. *matilah aku kalau dia baca ni.

    Kurus & keding sebab tulah dapat nama khas.


    Mula-mula planning nak main boling ramai-ramai.  Tapi disebabkan yang lain busy dengan anak bini, maka terpaksalah batalkan niat nak main boling dan ke Melaka lah arah tuju seterusnya walaupun tak dirancang. 
    Dekat Melaka memang banyak tempat menarik kalau nak bercuti dengan kekawan atau keluarga.  Contohnya ada Zoo Melaka, Melaka Taming Sari, Melaka River Cruise, Perkampungan Portugis, Afamosa Water World dan banyak lagilah. *cer google.  Keluar hari tu sempatlah tawaf Mahkota Parade & Dahtaran Pahlawan.  Lepas dah puas tawaf dalam shoping complex, rasa nak cuci mata lihat pemandangan(kekonon)...aku pun ajak Kecut pegi naik Kota Afamosa.

    ihsan cik google.

    Muka bersemangat waja sebelum naik

    Menurut sejarah Kota Afamosa ni dijadikan kubu Portugis kot.  Aku pun tak berapa nak pasti, kang pakai tulis kang..silap-silap salah mau kena setepek.  Orang sekarang ni pantang salah cakap sikit confirm nak hentam orang tahap kaw kaw punya.  Opppsss macam teremosi pulak.  Ok sambung balik..Last aku naik Kota Afamosa ni pun zaman sekolah, time rombongan Cik Kiah sekolah.  Pergi pakai baju sekolah, beratur (beradap sopan jer)..lepas tu sebok beli kipas tangan lah, gelang yang boleh tulis nama pakwe, key chain kekonon beli nak bagi souvenirs dekat kekawan yang tak dapat pergi dan adik beradik.  Sweet-sweet jer bila ingat balik. 







    Pemandangan daripada sini memang cantik dan berangin, sejuk jer rasa.  Puas hatilah kalau nak lepak dan berpicca-picca.  Aku pulak pakai wedges naik sini.  Memang sakit kaki la weiii.  Time naik kemain laju dan bersemangat.  Nak turun tu muka kemain masam lagi sebab penat + kaki lenguh.  Kalau tahu nak naik sini, confirm pakai selipar dak jepun jer.

    budak bajet

    Disebabkan kepenatan, so kitaorang batalkan niat nak pergi tempat lain.  Repeat lain kali pulak.  Melaka dengan N9 bukan jauh mana pun.  Apa apa pun keluar pegi Melaka memang best.  Thanks Kecut sebab sudi bawa aku jejalan.*ayat puji.

    ~Tata

    14 March 2012

    Walaupun jauh, walaupun sibuk tapi atas tiket sebuah persahabatan..semua itu tidak menjadi halangan untuk bersua muka, jumpa, makan-makan, gosip dan bla bla bla...  Yehhh! Sangat seronok bila balik kampung, dapat keluar dan melepakkan diri jumpa yang tersayang KAWAN. 

    Dating dengan mereka. Seronok!

    Dapat dating dengan mereka berempat jer.  Termasuk aku berlima la.  Yang lain sibuk.  Walaupun berlima tapi best + hepy + senang hati + gelak tak hiraukan orang sekeliling, over tau.  Lepak dekat restoran terapung, makan-makan sambil ditemani angin laut..peghhh memang ohhsemm.





    Hopely, lepas ni boleh dating lagi.  Alhamdulillah sebab dapat jumpa dan melepaskan rindu dan sembang-sembang pasal life memasing.  Tq korang.  Love youuuuuu!