25 March 2012

K.A.W.A.N.

Sahabat atau kawan adalah panggilan yang sama buat seseorang yang sentiasa menemani kita pada saat suka mahupun duka.  Tanpa kawan hidup kita tak adalah gembira dan riang ria.  Merekalah tempat kita mencurah rasa, kisah gembira mahupun duka termasuk bergosip.  Merekalah juga kekadang yang mengajar kita untuk bangkit ketika kita lemah masa frust bercinta<akulah tuh>.  Dan dengan merekalah jugalah kita berkongsi kegembiraan di saat meraih kejayaan dan kebahagiaan. 

Tapi pernah tak terfikir, adakah kita dah bagi yang terbaik untuk kawan kita?  Mampu dan sudahkan kita membalas segala jasa dan kebaikan yang kawan kita telah hulurkan kepada kita selama ni?  Meh sini aku nak kongsi beberapa tip yang aku baca dalam majalah Dara.com yang boleh kita lakukan untuk memberikan yang terbaik dalam sesebuah persahabatan. 


* Sentiasa Berhubung - Rutin seharian adakala membuatkan kita tidak sempat untuk menghubungi kawan kita.  Tetapi itu tidak bererti kita senyap jer kan?  Sekurang-kurangnya hubungilah kawan kita sama ada melalui call ataupun mesej.


*Beritahu Perkara Sebenar - Apabila kawan kita ada melakukan kesalahan, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memberitahu atau menasihatinya.  Jangan pendamkan kerana takut kawan kita akan terasa hati atau marah.  Memberitahu perkara sebenar walaupun pahit adalah sebaik-baik cara dan sebenarnya inilah sahabat sejati! Fikirkan cara terbaik macam mana hendak berterus terang.


*Balas SMS - Jangan abaikan SMS daripada kawan kita.  Jangan menganggap SMS daripada kawan kita tu sebagai perkara yang remeh melainkan kita tak ada kredit< tu aku yang cakap>.  Jika terlupa sekalipun, segera membalasnya apabila teringat, dan nyatakan maaf kerana terlambat membalasnya.

 
*Pinjamkan Telinga - Ada kalanya, kawan kita ditimpa masalah.  Mereka perlukan seseorang untuk mendengar masalah ataupun luahan hati mereka.  Oleh itu, pinjamkanlah telinga kita untuk mendengar, dan pinjamkan bahu kita untuk menjadi sandaran kawan kita tatkala mereka dirundung kesedihan. <kawan-kawan aku yang selalunya pinjamkan telinga untuk mendengar masalah aku, thanks korang!>


*Jadilah Seperti Pasukan Sorak -  Ketika kawan kita sedang bersedih, sentiasalah berada di sisinya.  Mungkin kita boleh dengarkan cerita-cerita lucu untuk menggembirakannya.  Kita juga boleh berikan kata-kata semangat kepadanya.  Yakinkan dirinya bahawa dia boleh keluar daripada permasalahan itu. <Kalau macam aku ni duduk jauh, selalunya sms, ym dan fb adalah cara untuk berhubung dengan kawan-kawan aku.  Bak kata orang jarak tidak memisahkan kita...>


*Hadir Pada Hari Penting - Ini sememangnya penting!  Jika kawan kita mengadakan jamuan sempena sambutan hari jadi, adalah penting untuk menghadirinya.  Kalau tak dapat datang jangan lupa untuk wish!  Sesekali pasti kawan kita akan teruja apabila kita membuat kejutan untuk hari jadi dia.  Kehadiran kita sangat-sangat dihargai jika hadir pada majlis pertunangan ataupun perkahwinan mereka.


Pada aku kawan adalah segalanya selepas Dia yang di atas sana dan keluarga.  So aku akan sentiasa berusaha menjaga hati dan perasaan kawan-kawan aku.  Saya sayang kawan-kawan saya!


Akhir kata, sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul daripada percintaan.  Tanpa persahabatan, percintaan akan berakhir.  Tetapi tanpa percintaan, persahabatan boleh kekal.  Oleh itu, hargailah persahabatan yang terjalin.


~tata...

    2 comments:

    1. macam2 ko ni...hahha

      ReplyDelete
    2. haha..betulla. klu aku rindu ko mst aku men2 miscall ngn ko kan??hehe

      ReplyDelete